Ujian Standard Kompetensi Digital (DCS) bersama pelajar tahun 6 dari SK Puak krokong
22 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2019, telah diadakan Ujian Standard Kompetensi Digital (DCS) bersama pelajar tahun 6 dari SK Puak krokong yang diadakan di PI Krokong
Apa itu DCS?
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016-2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; pemantapan insfrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Untuk makluman pihak sekolah, Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards-DCS), instrumen penilaian murid bersaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification), bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
Kelas ini bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga 01.00 petang dan seramai 9 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: